My Random Musings

Powered by Stuff-a-Blog

Monday, 23 July 2012

Isu murid sekolah dibenarkan membawa Telefon bimbit/'mobile phone' ke sekolah tahun 2013

Subscribe in a reader

'wah! punya bagus...baguskah tu? , tapi dulu kita tidak dibenarkan bawa 'handphone' masih selamat sampai sekarang' . 
'Ya..what's their point actually?..'
'Alamak! biar betul?..nonsense betul lah'
'Nah..guru-guru kena bersedialah, kena rajin-rajin check di youtube, mana tau ada rakaman masa di sekolah'
'kalau macam itu guru dan murid boleh saling 'ber bluetooth' nota sajalah kan'


Inilah antara kata-kata yang bergema di sekeliling sebaik sahaja isu murid boleh membawa telefon bimbit ke sekolah dicanangkan di setiap media. Rata-rata mengeluarkan reaksi yang tidak bersetuju. Apa yang saya dengar, antara alasan yang kukuh untuk membenarkan murid sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah adalah kerana keselamatan anak mereka selepas waktu persekolahan oleh ibu bapa. Tapi apakah tindakan dan keputusan ini akan memberikan kebaikan kepada semua pihak atau adakah ini akan menyumbangkan sekolah selamat atau mungkinkah ini akan memperingkatkan prestasi pembelajaran murid di sekolah? Bagaimana pula pada suatu masa dahulu di mana belum wujudnya telefon bimbit, soal keselamatan tetap terpelihara dan ibu bapa dan sekolah boleh saling bekerjasama . Adakah sekarang ini bila segalanya semakin cangggih maka soal keselamatan ini semakin sukar? 

Saya tinggalkan persoalan ini untuk kita renung bersama..:-)


Singgah2 dulu di blog sendiri..

Nah..lama sudah pula tidak lawat blog sendiri. hampir lupa username dan juga password. Adakah sebab kesibukan atau penyakit 'M' datang menyerang?..:-) mcm2 ada..ada keinginan utk update tapi tiada kemahuan yang sesungguhnya untuk sign in. Harap2 kali ini ada. Wah! ada juga pengunjung blog saya yang tidak seberapa ini aa, thanks aa pada yang sudi datang berkunjung dan melihat2, bagi bloggers yang datang berkunjung tu nanti saya dtg melawat2 blog anda. :-)